WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Shah Alam, 14 Mei: Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penuh ucapan ta'zim di atas kesudian Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerima kunjungan Pegawai Hal Ehwal Islam lantikan baharu JAKIM dalam acara Corporate Visit ke Majlis Agama Islam Selangor sempena Program Eksekutif Pengurusan Hal Ehwal Islam (PEPHEI) Siri 1/2024 yang berlangsung di Dewan Seminar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam hari ini.

Objektif program ini dilaksanakan antara lain adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta berkaitan fungsi, peranan, pengurusan dan tatakelola majlis agama Islam khususnya di negeri Selangor Darul Ehsan.

Sesi Corporate Visit ini telah dihoskan oleh Majlis Agama Islam Selangor selain sesi soal jawab bersama peserta yang turut melibatkan wakil dari agensi-agensi agama di Negeri Selangor Iaitu Jabatan Mufti Negeri Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor dan Majlis Agama Islam Negeri Selangor.

Delegasi seramai 104 orang yang diketuai oleh Puan Nor Safina binti Zainal, Pengarah Kanan ILIM ini telah di sambut mesra oleh YBrs. Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Setia usaha MAIS.

Turut serta dalam sesi Corporate Visit ini ialah Puan Adawiah binti Lias, Ketua Penolong Pengarah Pusat Kecemerlangan Kepimpinan ILIM, Encik Zulkifli bin Tukiman. Pegawai Penyelaras PEPHEI, serta Puan Aziani binti Resaman@Rosman, Penolong Pengarah Kanan PKKI ILIM.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran YAD Dato' Setia Prof. Madya Dr. Hj. Anhar bin Hj. Opir, Mufti Negeri Selangor, YBrs. Puan Salwana binti Ahmad Dahlan, Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Agama Islam Negeri Selangor, pegawai-pegawai MAIS serta agensi dan anak-anak syarikat di bawah MAIS.

Semoga segala perkongsian yang diperoleh dalam Corporate Visit ini dapat menambahkan lagi pengetahuan, pengalaman dan pembelajaran para peserta disamping meningkatkan lagi kerjasama di antara kedua-dua belah pihak dan memperkukuhkan profesionalisme peserta dalam mendokong agenda perkhidmatan hal ehwal Islam.