BANGI, 12 Mei 2024 – Kursus Pertahanan Awam Siri 1/2024 telah berlangsung dengan jayanya di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi, hari ini. Kursus yang berlangsung selama dua (2) hari ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh pegawai dan jurulatih daripada Pejabat Pertahanan Awam Daerah Sepang yang melibatkan penyertaan seramai 100 orang peserta yang sedang mengikuti Program Eksekutif Pengurusan Hal Ehwal Islam yang terdiri daripada Pegawai Hal Ehwal Islam (PHEI) Gred S41 dan S29 Lantikan Baharu JAKIM mulai 6 Mei 2024 hingga 7 Jun 2024.
Objektif ursus ini adalah untuk memberi pendedahan mengenai asas pertahanan awam, kemahiran pengurusan bencana serta meningkatkan tahap ketersediaan mereka dalam menghadapi sebarang risiko krisis dan bencana.
Modul kursus merangkumi pengenalan kepada Pertahanan Awam, asas kemahiran kawad kaki, asas pertolongan cemas, asas kemahiran melawan kebakaran, asas kemahiran ikatan dan simpulan, chocking dan CPR serta asas kemahiran menyelamatkan.
Semoga kursus ini dapat membentuk pegawai lantikan baharu JAKIM yang terlatih dalam menguruskan krisis dan bencana yang berlaku di samping melengkapkan mereka dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran berkaitan pengurusan krisis dan bencana seterusnya melahirkan masyarakat yang mempunyai ketahanan daya tinggi, sejahtera dan selamat.