WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 27 Mac 2024 - "Kalam Titipan Ilahi", begitulah tajuk Webinar Ramadhan : Into The Taqwa Siri 3 anjuran Program Pembangunan Insan, Institut Latihan Islam Malaysia. Kupasan yang tuntas telah disampaikan oleh Us Hj Meeftah bin Hj Anuar, Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Webinar yang bermula jam 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi ini telah dihadiri oleh seramai 395 peserta yang terdiri daripada para penjawat awam dan masyarakat awam di seluruh Malaysia.

Antara kupasan isu ialah Al-Quran memecah kekerasan hati manusia, piramid bacaan, perbandingan antara gunung dan orang yang ingkar kepada Allah, adab membaca Al-Quran, bagaimana memahami dan menghayari Al-Quran dan cara-cara sahabat berinteraksi dengan Al-Quran.

ILIM mengharapkan dengan pelaksanaan webinar ini dapat mencapai matlamatnya, menambahkan ilmu pengetahuan serta mencetuskan penghayatan Al-Quran dalam kehidupan seharian sebagai seorang yang bertakwa.