WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi , 24 Mac 2024 - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Islam (PKKI) telah menganjurkan Webinar Membina Sahsiah Unggul:“Sahsiah Terpuji Akhlak Diteladani’’ Peserta yang menyertai webinar ini terdiri daripada Pegawai Hal Ehwal Islam lantikan JAKIM,JAIN,MAIN, agensi di bawah YB Menteri dan penjawat awam dari pelbagai jabatan dan kementerian. 

Objektif program ini adalah untuk memantapkan akhlak dan pengukuhan sahsiah dan jati diri agar dapat menjiwai akhlak islamiah yang melahirkan pekerja cemerlang kepada organisasi. Penceramah jemputan program ini ialah ustaz Muhd Redza bin Ahmad (Pendakwah Bebas).

Dalam program ini, peserta telah memperolehi pelbagai pengetahuan yang berkaitan dengan sahsiah unggul dan terpuji. Antara pengisian dan kandungan yang menarik hati peserta ialah paksi utama yang menjadi asas dalam kehidupan setiap muslim, ganjaran akhlak mahmudah dan balasan akhlak mazmumah serta kesan pengabaian akhlak.

Sebagai kesimpulan, terdapat banyak langkah yang boleh dilaksanakan untuk membentuk akhlak mulia dan terpuji pada setiap insan. Sebagai individu kita perlu sentiasa bermuhasabah diri dan menilai sama ada tindakan atau pilihan yang kita lakukan pada hari ini adalah betul dan bermanfaat atau sebaliknya.

Penganjuran program ini diharap dapat membantu para peserta untuk membentuk keperibadian unggul sebagai seorang penjawat awam khususnya dan muslim umumnya yang menjadi teladan kepada orang lain.