WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

19 Mac 2024 | Cawangan Khidmat Pengurusan, Institut Latihan Islam Malaysia telah menganjurkan Bengkel Pelaksanaan Penggunaan Sistem DDMS 2.0 yang telah diadakan di Makmal Komputer, Aras 2 Blok Akademik A yang lalu dengan kerjasama dari Jabatan Digital Negara (JDN). Bengkel tersebut dihadiri oleh 30 pegawai dan kakitangan ILIM.

Objektif bengkel ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam menggunakan Sistem DDMS 2.0, meningkatkan kecekapan dan capaian kepada maklumat dan ketelusan pentadbiran dan meningkatkan kawalan ke atas pengurusan rekod Sektor Awam secara lebih sistematik.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Jabatan Digital Negara dan semua peserta yang dapat hadir bagi menjayakan Bengkel Pelaksanaan Penggunaan Sistem DDMS 2.0 ini.