WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 20 Mac 2024 - "Diet Kurma Mentega", begitulah tajuk Webinar Ramadhan : Into The Taqwa Siri 2 anjuran Program Pembangunan Insan, Institut Latihan Islam Malaysia. Kupasan yang tuntas telah disampaikan oleh Puan Fatin Sahira binti Ahmad Zulkifli, konsultan diet di Studio Dietitian Malaysia.

Webinar yang bermula jam 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi ini telah dihadiri oleh seramai 550 peserta yang terdiri daripada para penjawat awam dan masyarakat awam di seluruh Malaysia.

Antara kupasan isu ialah diet seimbang ketika sahur, berbuka puasa dan moreh. Selain itu, penceramah turut mengupas tentang keperluan air, bagaimana puasa boleh bantu hilangkan lemak dan isu makanan viral seperti kurma mentega & penggunaan celtic salt.

ILIM mengharapkan dengan pelaksanaan webinar ini dapat mencapai matlamatnya, menambahkan ilmu pengetahuan serta mencetuskan penghayatan berkenaan diet seimbang terutamanya ketika Ramadhan di saat pelbagai makanan menjadi tumpuan umat Islam dalam pelaksanaan ibadah puasa.