WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 19 Mac 2024 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi telah menganjurkan ILIM EXECUTIVE TALK 2024 yang bertajuk KHAIR Leadership: Learning To Become Responsible Leaders bertempat di Dewan datuk Mohd Shahir, Kampus Utama Bangi. Program yang dilaksanakan secara hybrid (bersemuka dan secara dalam talian) ini telah dihadiri oleh seramai 120 orang peserta dari pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan pegawai Kumpulan Pelaksana daripada kalangan warga ILIM Kampus Utama, ILIM Kampus Jelebu, ILIM kampus Besut, ILIM Kampus Kundasang, ILIM Kampus Lahad Datu, ILIM Kampus Lawas serta pegawai-pegawai daripada JAKIM.

Objektif kursus ini diadakan adalah antara lain untuk menjelaskan berhubung kepimpinan kendiri, personaliti diri dan individu yang dipimpin, meningkatkan pengetahuan gaya dan kaedah kepimpinan yang berkesan serta meningkatkan kemahiran kepimpinan melalui pendekatan berkesan dalam berfikir dan bertindak secara sistematik serta strategik.

Program yang berlangsung selama dua (2) jam ini telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Farid Ali Al-Fijawi, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Islam Ulul Albab New Zealand. Dalam program ini, penceramah telah membawakan konsep KHAIR Leadership iaitu akronim daripada Khilafah, Amanah, Iqra’ dan Rahmatal lil alamin.

Turut hadir sama dalam program ini ialah Puan Nor Safina binti Zainal, Pengarah Kanan ILIM.

Para peserta telah memberi komitmen dan kerjasama yang baik di sepanjang program berlangsung. Semoga setiap falsafah di sebalik nilai-nilai kepimpinan dalam program ini mampu diaplikasi dalam tugasan mereka di penempatan masing-masing.