WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Putrajaya | 12 Mac 2024 - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah mengadakan kunjungan hormat dan sesi perbincangan ke atas Dr. Mohd Anuar Abdullah, Timbalan Pengarah, Sektor Pembangunan Instruksional, Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kunjungan hormat dari ILIM diketuai oleh Puan Nor Safina Zainal, Pengarah Kanan ILIM bersama barisan pengurusan ILIM bertujuan berkongsi maklumat dan mendapatkan input serta pandangan ke arah penambahbaikan program pembangunan modal insan berpacukan latihan Islam ke atas sektor awam di Malaysia.