WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

BANGI 7 Mac 2024 – Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Islam (PKKI) dengan Kerjasama Unit Kewangan Cawangan Khidmat Pengurusan Institut Latihan Islam Malaysia Bangi telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Belanjawan dan Pra Belanjawan: Penentuan Objek Sebagai (OS) yang berlangsung selama 2 hari bermula daripada 6 hingga 7 Mac 2024 (Rabu – Khamis) bertempat di Bilik Kuliah Al-Khawarizmi, Blok Akademik B, ILIM Kampus Utama Bangi.

Objektif kursus antara lain adalah untuk memberi kefahaman berkaitan penentuan objek sebagai dalam penyediaan anggaran belanjawan. Selain itu, bengkel ini dilaksanakan bagi memastikan penyediaan anggaran belanjawan 2025 dapat dibuat dengan baik dan teratur.

Dengan menampilkan Puan Noor Azura binti Tarmizi, Ketua Penolong Pengarah Seksyen Kewangan daripada Bahagian Kewangan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia selaku penceramah bagi berkongsi ilmu pengetahuan dan kemahiran, beliau telah berjaya membimbing seramai lebih kurang 36 orang pegawai daripada pelbagai skim di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) untuk menyediakan anggaran belanjawan 2025 dengan jayanya.