WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 7 Mac 2024, Program Pengurusan Hal Ehwal Islam (PPHEI), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Utama Bangi telah menganjurkan Kursus Pengurusan Nikah, Cerai dan Rujuk yang berlangsung selama tiga (3) hari bermula pada 5 – 7 Mac 2024. Objektif kursus ini ialah untuk:

1. Memberi pengetahuan kepada peserta berkaitan pengurusan nikah, cerai dan rujuk yang berkuatkuasa di Malaysia;

 2. Meningkatkan kefahaman peserta berkaitan tanggungjawab dan hak-hak dalam urusan nikah, cerai dan rujuk.

Kursus ini telah dihadiri oleh seramai 38 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai skim perkhidmatan dan gred perjawatan. Seramai empat (4) orang penceramah telah diundang khas bagi menjayakan kursus ini iaitu Puan Azlina binti Soaed, Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Agama Islam Selangor, Puan Yuhaniz binti Mohd Yusop, Penolong Pengarah Kanan,  Bahagaian Keluarga, Sosial dan Komuniti, JAKIM, YA Tuan Mohd Hairuddin bin AB Rahim, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Klang dan Encik Saiful Bahari  bin Mohd Said, Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Semoga dengan terlaksananya kursus ini, ILIM mengharapkan agar dapat memberikan manfaat yang besar kepada peserta dalam melahirkan pegawai- pegawai perkhidmatan awam yang berilmu dan bermaklumat dalam urusan nikah, cerai dan rujuk. Di samping itu juga, dapat menyampaikan informasi mengenai Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia dalam melaksanakan tugas-tugas seharian.