WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi 6 Mac 2024 - Kursus Pemikiran, Perancangan dan Pengurusan Strategik telah diadakan pada 4 – 6 Mac 2024 bertempat di Bilik Kuliah Sibaweh, Tingkat 1, Blok Akademik B, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Induk Bangi. Seramai 23 orang Pegawai Hal Ehwal Islam (PHEI) gred 41/44 dan ke atas daripada bahagian-bahagian di JAKIM, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, IKMAS, Masjid Tuanku Mizan dan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah menyertai program ini. Kursus ini dianjurkan oleh Seksyen Kepimpinan Islam, Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Islam (PKKI) di mana seramai empat (4) orang penceramah jemputan telah menyampaikan ceramah berkaitan pemikiran, perancangan dan pengurusan strategik berdasarkan pendekatan semasa serta Al Quran dengan merujuk kepada kisah Nabi Sulaiman di dalam surah An-Namlu.

Objektif kursus ini ialah ialah untuk memberi pendedahan mengenai kepentingan merancang dan mengurus secara strategik serta kesannya kepada diri dan organisasi. Selain dapat meningkatkan pengetahuan terhadap elemen pemikiran, perancangan dan pengurusan strategik berdasarkan Al-Quran dan kisah-kisah nabi, kursus ini juga telah memberi pendedahan mengenai teknik untuk mengaplikasikan pemikiran, perancangan dan pengurusan strategik dalam pengurusan organisasi dan kehidupan seharian. Pengarah Kanan ILIM, Puan Nor Safina binti Zainal turut menjadi salah seorang penceramah dalam kursus ini dengan tajuk pembentangan beliau iaitu Conscious Leadership.

Semoga kursus ini dapat membantu peserta untuk menyedari kepentingan membuat perancangan strategi, melaksanakan perancangan yang telah dibuat dan membuat penilaian ke atas pelaksanaan perancangan berdasarkan misi dan visi yang telah ditetapkan agar keberkesanan penyampaian adalah menepati kehendak pasaran dan sasaran.