WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

JELEBU, 5 Mac 2024 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Jelebu (IKJ) hari ini menerima kunjungan lawatan kerja berkala daripada delegasi Pengurusan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama (IKU), Bangi.

Lawatan kerja IKU ini dihadiri oleh YBhg. Pn. Nor Safina Zainal, Pengarah Kanan, selaku ketua rombongan bersama Pegawai-pegawai Kanan. Delegasi disambut baik YBrs. En. Norawi Endut, Pengarah selaku tuan rumah bersama-sama pegawai dan staf IKJ.

Lawatan kerja dimulakan dengan amanat YBhg. Pn. Nor Safina Zainal, Pengarah Kanan, disusuli pembentangan status gerak kerja IKJ oleh YBrs. En. Mizzuan Jafilus, Pegawai Hal Ehwal Islam dan seterusnya perbincangan hala tuju IKJ serta perkara-perkara berbangkit.

Turut menarik perhatian, lawatan YBhg. Pengarah Kanan dan delegasi ke Laman Fertigasi IKJ hasil usaha sama dengan Jabatan Pertanian Daerah Jelebu.

Semoga lawatan kerja, amanat dan perbincangan ini akan menatijahkan output yang mampu membawa perubahan yang baik untuk sepanjang tahun ini dan kedepannya.