WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

BANGI, 29 Februari 2024 -Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Program Pembangunan Insan (PPI) telah menganjurkan Kursus Survival Daie Belantara pada 27 hingga 29 Februari 2024 bertempat di Bilik Kuliah Al-Kawarizmi. Kursus tersebut dihadiri oleh 36 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Hal Ehwal Islam serta Pegawai Perkhidmatan Awam pelbagai skim dari seluruh Malaysia.

Kursus ini diadakan bertujuan bagi memberi pendedahan serta kefahaman berkaitan kehidupan masyarakat orang asli serta meningkatkan kemahiran penyampaian dakwah kepada orang asli.

Pelbagai tajuk yang telah dikupas antaranya "Pengenalan Suku Orang Asli Di Malaysia", "Fiqh Dakwah Orang Asli" dan "Perkongsian Pengalaman Dakwah Orang Asli." Aktivit ziarah turut diadakan ke Kampung Orang Asli Padang, Sungai Congkak, Selangor bagi melihat secara dekat kehidupan orang asli di sana serta beramah mesra dan melakukan aktiviti bersama masyarakat orang asli seperti mengayam, menyumpit dan memasak nasi di dalam buluh.

Kursus ini menampilkan Penceramah daripada JAKOA dan Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) JAKIM sebagai penceramah-penceramah di dalam kursus ini. Semoga kursus ini dapat meningkatkan ilmu dan kemahiran peserta dalam melaksanakan dakwah kepada masyarakat orang asli di medan yang sebenar.