WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 26 Feb 2024 - Program Pembangunan Insan,Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah mengadakan Bengkel Pemurnian Glosari i-Sign Akhlak dan Tasawuf bagi Komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) Pendengaran yang berlangsung pada 26 Februari 2024 dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang di Bilik A’sim Blok Akademik A ILIM Kampus Utama Bangi.

Objektif bengkel ini adalah untuk menjelaskan glosari agar bertepatan dengan maksudnya dengan terjemahan atau atau tatabahasa Dewan Bahasa dan Pustaka dan dimurnikan mengikut kefahaman komuniti OKU Pendengaran.

Sebanyak 149 istilah Akidah dan Tasawuf telah dibincangkan huraian istilahnya berdasarkan kitab-kitab yang muktabar iaitu istilah- istilah umum (16), Akhlak mazmumah (35), Akhlak mahmudah (52) dan istilah Tasawuf (46).

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memurnikan serta menyelaras glosari Bahasa Isyarat Islam (Akhlak wa Tasawuf) OKU Pendengaran bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham sebelum boleh digunapakai oleh masyarakat umum dan komuniti OKU Pendengaran khususnya.

Bengkel ini dikendalikan oleh ILIM selaku urus setia bersama pakar bidang dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) iaitu Prof. Madya Dr Ahmad Najaa bin Mokhtar, Prof. Madya Muhammad Khairi bin Mahyuddin dan Dr. Wan Mohd Fazrul Azdi bin Wan Razali serta turut terlibat adalah pakar bidang dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) iaitu Dr. Wan Haslan bin Khairuddin dan dibantu oleh dua orang fellow dari USIM.

Pada jam lebih kurang 3.00 petang para panel telah membentangkan serta menyerahkan hasil bengkel ini kepada Pegawai Penyelaras Bengkel iaitu Dr.Fazlulaini binti Mohd Yunus Penolong Pengarah Kanan Program Pembangunan Insan ILIM untuk diselaraskan.

Harapan semua agar Glosari i-Sign Bahasa Isyarat Islam (Akhlak wa Tasawuf) ini dapat meleraikan ketidakfahaman dan kekeliruan OKU Pendengaran terhadap istilah-istilah dalam konteks Akhlak wa Tasawuf dan dapat meneguhkan lagi keimanan serta amalan golongan terbabit.