WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

22 Februari 2024 : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah mengadakan Mesyuarat Lembaga Penasihat (LPI) ILIM yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Othman bin Mustapha bertempat di Dewan Datuk Mohd. Shahir ILIM Kampus Utama Bangi.

Mesyuarat LPI kali pertama ini telah dihadiri seramai 18 orang ahli. Dalam perutusan YBhg. Tan Sri Othman menyatakankan bahawa ILIM perlu membuat anjakan terhadap pelaksanaan program yang telah dilaksanakan ke arah memperkasakan kedudukannya sebagai sebuah institusi latihan Islam yang unggul di Malaysia.

Dua (2) kertas telah dibentangkan dalam mesyuarat pada kali ini yang membincangkan beberapa cadangan ke arah pemerkasaan ILIM bukan sahaja tertumpu kepada perkhidmatan hal ehwal Islam malah kepada pembangunan sumber manusia sektor awam secara umumnya. ILIM amat berbesar hati atas idea dan cadangan yang telah diberikan oleh ahli-ahli yang hadir agar ILIM terus berusaha menyemarakkan peluang kolabrasi antara agensi kerjaaan, Institusi Pengajian Tinggi Awam serta kolaborasi serantau.