WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 22 Februari 2024 – Revolusi Industri Keempat (IR4.0) merupakan fasa transformasi digital yang mempunyai impak mendalam ke atas kehidupan manusia.

Internet of Things (IoT), Big Data Analytics (BDA) dan Artificial intelligent (AI) antara teknologi terkini yang memainkan peranan penting dalam IR4.0. Dalam konteks ini, penting bagi pegawai Hal Ehwal Islam memahami figh kepenggunaan dan nilai-nilai Islam dalam sains dan teknologi berdasarkan pengaplikasian kaedah-kaedah fiqh untuk melihat kesan penggunaannya terhadap kehidupan masyarakat.

Justeri itu, bagi meningkatkan kompetensi profesionalisme dalam perkhidmatan Hal Ehwal Islam, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) melalui Seksyen Penyelidikan dan Pembangunan Islam (R&D), Program Teras telah berjaya melaksanakan Kursus Kaedah Fiqh dan Pengaplikasian dalam Era IR4.0 pada 20 hingga 22 Februari 2024 bertempat di Auditorium As-Shafie, Blok Akademik A, ILIM Kampus Utama Bangi melibatkan seramai 50 orang perserta majoritinya terdiri daripada pegawai dalam skim perkhidmatan Hal Ehwal Islam.

Objektif perlaksanaannya bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pegawai Hal Ehwal Islam JAKIM, MAIN, JAIN, Jabatan Mufti dan agensi-agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana (Hal Ehwal Agama) mengenai penerapan ilmu fiqh dalam era teknologi dan pengaplikasian kaedah-kaedah fiqh dalam solusi fiqh inovatif.

Modul latihan meliputi aspek pembangunan pengetahuan, kemahiran dan nilai telah dibimbing pensyarah daripada Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaysia antaranya Prof. Madya Dr. Muhammad Ikhlas Rosele, Dr. Muhammad Safwan Harun, Dr. Abdul Halim Ibrahim, Dr. Norhidayah Pauzi, Dr. Nor Fahimah Mohd Razif dan Dr. Shadidra Abdul Khalil.

Kursus selama tiga hari ini telah berjaya mendapatkan maklum balas yang baik dari kalangan peserta dalam memahami pengaplikasian kaedah-kaedah fiqh untuk menyelesaikan permasalahan berkaitan pembangunan sains dan teknologi antaranya perkara yang melibatkan moral dan etika, privasi, keselamatan dan kepentingan awam.