WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 20 Februari 2024 - Institut Latihan Islam Kampus Utama Bangi melalui Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Islam (PKKI) telah menganjurkan Kursus Smart Integriti bermula dari 20 hingga 22 Februari 2024.

Kursus ini melibatkan seramai 55 orang peserta kumpulan pelaksana (Gred 11 hingga 40) pegawai perkhidmatan awam pelbagai skim. Objektif kursus ini adalah untuk memberi kefahaman mengenai penghayatan integriti sebagai tonggak maruah diri dan organisasi. Seterusnya, objektif lain kursus ini juga adalah untuk memperkukuhkan kerjasama bagi membentuk organisasi yang cemerlang dan meningkatkan daya kepemimipinan serta kepengikutan melalui pengamalan nilai-nilai integriti dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab.

Kursus ini telah menggunakan khidmat penceramah dan fasilitator daripada ILIM Kampus Utama Bangi dan JAKIM.  Sepanjang mengikuti kursus ini peserta telah memperolehi pengetahuan, pengalaman, dan kemahiran serta turut didedahkan dengan aktiviti ice breaking dan gamifikasi yang dapat meningkatkan penghayatan nilai-nilai integriti.

Antara pengisian yang berlangsung selama tiga hari ini ialah slot ceramah Interaktif al-Fatihah & Jati Diri Asas Integriti, Qudwah Integriti, explorace integrity dan Muhasabah Integriti-Azam & Janji. Semoga penganjuran kursus ini menjadi pemangkin semangat kepada para peserta untuk mengaplikasikan sahsiah dan akhlak yang murni selari dengan prinsip dan nilai integriti dalam perkhidmatan awam.