WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bandar Baru Bangi, 19 Februari 2024 - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) melalui Seksyen Pembangunan Kualiti dan Inovasi, Cawangan Dasar Latihan  telah mengadakan Kursus Juraudit Dalam : Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2015 bertempat di Auditorium al-Ghazali, Blok Akademik A, ILIM Kampus Utama. Kursus ini dijalankan selama 3 hari iaitu dari 19 hingga 21 Februari 2024. Kursus ini juga telah dihadiri seramai 35 orang peserta yang merupakan pegawai-pegawai dari pelbagai gred dan skim perkhidmatan di ILIM Kampus Utama Bangi.

Kursus ini dikendalikan oleh Puan Suhaini binti Hj. Hassan dari Mercu Inovasi Training Consulting yang juga merupakan juruaudit yang mempunyai pengalaman yang luas dalam Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2015. Objektif kursus ini adalah bertujuan melatih bakal juruaudit dalam bagi memenuhi keperluan syarat asas untuk menjalankan audit dalam jabatan berdasarkan keperluan standard MS ISO 9001:2015. Peserta kursus juga dapat memahami kaedah dan teknik menjalankan aktiviti audit dalaman berdasarkan elemen PDCA.

Pada hari terakhir, peserta kursus telah didedahkan dengan simulasi auditor melakukan audit pada auditi bagi melancarkan operasi audit dalam yang akan dilaksanakan di ILIM Kampus Utama Bangi.