WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi | 21 Februari 2024 - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah menerima kunjungan hormat dari Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) diketuai oleh YBhg. Mej. Jen. Dato' Mohd Rashidi Bujai, Ketua Pengarah KAGAT.

Hadir bersama YBhg. Brig. Jen. Dato' Ab Jabar bin Md Aris, Timbalan Ketua Pengarah Operasi, KAGAT dan Lt Kol Abdul Jabar Yusof, Ketua Pengurusan Sumber Manusia, KAGAT.

Kunjung hormat ini disambut mesra oleh Puan Nor Safina Zainal, Pengarah Kanan ILIM bersama barisan pengurusan ILIM. Kunjungan ini bertujuan untuk mendapatkan ruang kerjasama berhubung penganjuran kursus-kursus.

Sesi perbincangan ini juga diadakan sebagai platform untuk berkongsi maklumat dan mendapatkan input ke arah penambahbaikan program pembangunan modal insan sektor awam. Semoga Allah mempermudahkan urusan semua pihak serta mempereratkan ukhuwah dan rahmah antara kita semua.