Bangi | 20 Februari 2024 - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah menerima kunjungan hormat dari Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Machang Kelantan.
Sesi kunjungan hormat ini dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Marziana Madah Marzuki, Pensyarah Kanan, UiTM Machang dan Dr. Wan Zurina Nik Abdul Majid. Kunjung hormat ini disambut oleh Puan Nor Safina Zainal, Pengarah Kanan ILIM.
Kunjungan ini bertujuan untuk mendapatkan ruang dan platform kerjasama berkenaan penganjuran kursus pengurusan kewangan masjid ke arah memastikan pengurusan kewangan masjid dibuat secara berintegriti, sistematik dan telus bagi memastikan masjid terus dipandang tinggi oleh masyarakat.