WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

BANGI 15 Februari 2024 – Seramai 36 orang pegawai daripada pelbagai skim di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menyertai Kursus Hands On Sistem ePerolehan Melalui Kaedah Pembelian Terus yang telah berlangsung selama 2 hari bermula dari 14 hingga 15 Februari 2024. Kursus ini telah dianjurkan oleh Seksyen Kompetensi Generik, Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Islam dengan kerjasama Unit Kewangan, Cawangan Khidmat Pengurusan bertempat di Makmal Komputer, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Utama Bangi.

Kursus ini bermatlamat antara lain untuk menerangkan proses dan kaedah pengendalian sistem ePerolehan yang digunapakai dalam pengurusan perolehan kerajaan bagi membolehkan para pegawai membuat permohonan nota minta dan penerimaan barangan/ perkhidmatan terus di sistem ePerolehan selepas ini.

Tuan Mohd Firman Shah bin Mohd Noh daripada Commerce Dot Com Sdn Bhd telah sudi memberikan pendedahan mengenai tatacara serta aplikasi kaedah penggunaan sistem ePerolehan secara sistematik dalam menguruskan perolehan kerajaan. Diharapkan semoga kursus ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta.