WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

BANGI, 14 Februari 2024 : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah menerima kunjungan hormat dari YB Datuk Dr. Haji Mohd Ariffin bin Datuk Haji Mohd Arif, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Merangkap Ecxo Agama serta Exco Pendidikan Negeri Sabah.  Turut serta Datuk Ustaz Malai Ali bin Malai Ahmad,  Timbalan Yang di-Pertua, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Tuan Mohamad Sidik bin Awang Adi, Ketua Penolong Setiausaha Kanan (Tugas-Tugas Khas), Jabatan Ketua Menteri, Tuan Ramlan bin Awang Ali, Setiausaha, MUIS, Tuan Jumain Abdul Ghani, Pengarah  Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), En Iwansuzairie bin Hari, Ketua Penolong Setiausaha Zakat dan Fitrah (MUIS) dan Ustaz Awang Juri Ag Tahir, Timbalan Pengarah, JHEAINS

Pertemuan ini telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Abu Bakar, Aras 2, Blok Akademik A, ILIM Kampus Utama Bangi pada jam 11.30 pagi. Kunjungan hormat ini telah disambut oleh Puan Nor Safina Zainal, Pengarah Kanan ILIM bersama barisan pengurusan atasan ILIM.  Antara intipati perjumpaan ini ialah perbincangan mengenai hubungan strategik ILIM – Kerajaan Negeri Sabah berhubung latihan berkualiti kepada Pegawai dan Kakitangan di Agensi Agama Negeri Sabah.

Diharapkan juga dengan sesi perbincangan ini dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak seterusnya membawa kebaikan kepada ummah. Delegasi juga turut dibawa melawat Galeri Falak Syeikh Abdul Aziz An-Nayyiri , Falak Competency Training Centre (FALCOM), ILIM yang berkonsepkan inovasi dan kreativiti memaparkan 5 seksyen utama iaitu seksyen falak alam melayu, seksyen takwim hijri, seksyen arah kiblat & waktu solat, seksyen objek samawi serta seksyen artifak & audio visual.