WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 14 Februari 2024 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi telah menganjurkan Kursus MADANI Perkhidmatan Awam Siri 1/2024 bertempat di Bilik Kuliah Ibnu Khaldun, Blok Akadmik A, ILIM Kampus Utama Bangi. Kursus yang bermula dari 13 hingga 14 Februari 2024 ini telah dihadiri oleh seramai 60 orang peserta dari pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan pegawai Kumpulan Pelaksana daripada kalangan warga JAKIM dan pegawai dari lain-lain jabatan serta agensi. Objektif kursus ini diadakan adalah antara lain untuk menerangkan konsep Membangun Malaysia MADANI, menjelaskan enam (6) nilai teras Malaysia MADANI, menjelaskan lima (5) dimensi pasca normal yang menjadi cabaran terhadap lapan (8) fokus elemen utama Malaysia MADANI dan mengaplikasikan prinsip-prinsip The G.R.E.A.T Civil Service yang diperkenalkan oleh YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara dalam konteks perkhidmatan awam.

Kursus selama dua (2) hari ini turut dihadiri oleh 4 orang panel penilai daripada Pusat Pengajian Pengurusan dan Kepimpinan, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Bukit Kiara.

Dalam kursus selama dua (2) hari ini, pelbagai pengisian dan aktviti telah disusun dan dikendalikan oleh pembentang yang terdiri daripada pegawai ILIM dalam memastikan objektif kursus  yang  ditetapkan dapat dicapai. Para peserta telah memberi komitmen dan kerjasama yang baik di sepanjang program berlangsung. Semoga setiap falsafah di sebalik nilai-nilai teras Malaysia MADANI dalam kursus tersebut mampu diaplikasi dalam tugasan mereka di penempatan masing-masing.