WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

BANGI, 13 Februari 2024 : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah menerima kunjungan hormat dari Bahagian Pengurusan Halal(BPH) yang diketuai oleh Tuan Mohamad Zamri bin Mohamed Shapik,

Pengarah, Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM turut disertai oleh Puan Rashidah binti Che Wil, Ketua Cawangan Kualiti dan Encik Muhammad Shahrin bin Zulkiply, Penolong Pengarah Kanan Seksyen Pembangunan Kompetensi Cawangan Kualiti.

Pertemuan ini telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Uthman, Aras 2, Blok Pentadbiran ILIM pada jam 9.30 pagi.  Perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Puan Nor Safina Zainal, Pengarah Kanan ILIM.

Antara intipati perjumpaan ini ialah perbincangan mengenai hubungan strategik ILIM - BPH berhubung latihan berkualiti kepada Pegawai dan Kakitangan BPH, cadangan kursus-kursus berkaitan halal sama ada di domestik mahupun peringkat antarabangsa.

Adalah diharapkan objektif kunjungan ini dapat dipenuhi serta memberi manfaat kepada kedua-dua pihak seterusnya membawa kebaikan kepada ummah.