WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

BANGI, 07 Februari 2024 : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah menerima kunjungan hormat dari Institut Semarak FELDA (ISEF) yang diketuai oleh Encik Zul Amri bin Ibrahim, Ketua Bahagian Latihan, FELDA bersama ISEF, Encik Muhammad Fikri bin Ab Rahman, Penolong Pengarah ISEF, Encik Ahmad Zahid bin Ahmad Zukri, Pen. Pegawai Hal Ehwal Islam serta Encik Muhamad Khairul Azhar bin Kamarudin, Pembantu Hal Ehwal Islam.

Pertemuan ini telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Uthman, Aras 2, Blok Pentadbiran ILIM pada jam 2.30 petang.

Perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Puan Nor Safina Zainal, Pengarah Kanan ILIM.

Lawatan dari ISEF ini merupakan penanda aras pelaksanaan pengurusan latihan yang dijalankan oleh ILIM.

Menerusi sesi ini juga merupakan jalinan hubungan strategik ILIM - ISEF berhubung latihan berkualiti kepada Pegawai dan Kakitangan ISEF dengan harapan agar kunjungan tersebut dapat dipenuhi serta memberi manfaat kepada kedua-dua pihak seterusnya membawa kebaikan kepada ummah.

Delegasi ISEF turut dibawa melawat Galeri Falak Syeikh Abdul Aziz An-Nayyiri , Falak Competency Training Centre (FALCOM), ILIM yang berkonsepkan inovasi dan kreativiti memaparkan 5 seksyen utama iaitu seksyen falak alam melayu, seksyen takwim hijri, seksyen arah kiblat & waktu solat, seksyen objek samawi serta seksyen artifak & audio visual.