WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Putrajaya, 07 Februari 2024 - Pengarah Kanan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Puan Nor Safina Zainal bersama Pengurusan ILIM telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya (JPOKU), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang disambut baik oleh Pengarah JPOKU, Encik Zuhami bin Omar.

JKM juga merupakan rakan strategik ILIM yang seringkali bersama-sama dalam program berbentuk pendidikan dan pembangunan latihan.

Kunjungan hormat ini juga memberi peluang kepada pengurusan ILIM untuk mempromosikan Aplikasi Glosari Istilah Islam (i-Sign) versi Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) bagi kefahaman beragama komuniti OKU Pendengaran di Malaysia yang telah dibangunkan oleh ILIM dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).