WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 07 Februari 2024 - ILIM dengan jayanya telah mengadakan Kursus i-Sign OKU Pendengaran (Asas) yang diadakan di Bilik Kuliah Abdul Kadir Jailani Blok Akademik A , Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi. Kursus yang berlangsung selama 3 hari bermula pada 5 Februari 2024 hingga 7 Februari 2024 dianjurkan oleh Seksyen Tarbiyah dan Tadribiyah (ILIM) dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Seramai 40 orang peserta terdiri dari warga JAKIM,JAIN,MAIN,KPM,JKSM dan pelbagai jabatan lain berkaitan telah menyertai kursus ini yang menyasarkan kakitangan yang kerap berhadapan dengan warga OKU pendengaran.

Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan kepada peserta mengenai istilah-istilah asas Bahasa Isyarat Malaysia (BIM), Akidah, Kod tangan Quran serta menanam kesedaran kepada peserta mengenai tanggungjawab dakwah kepada komuniti OKU Pendengaran dalam perlaksanaan ibadah seharian.

Kursus ini dipimpin oleh Dr. Haji Norakyairee bin Mohd Raus dan Tuan Noordin bin Hassan juga dibantu oleh 3 orang fasilitator iaitu Cik Siti Ramna binti Khamaruddin, Cik Amalina binti Azhar dan Cik Nur Syuhaidah binti Alimar Shidi dari Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) turut memberi pengajaran dalam bentuk latihan dalam kumpulan (LDK) pada hari kedua dan ketiga kursus tersebut.

Antara faktor kepentingan Bahasa isyarat adalah ianya merupakan medium komunikasi yang dilakukan melalui pergerakan badan, tangan, dan impresi muka bagi menyampaikan sesuatu maklumat dan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) merupakan bahasa rasmi bagi orang pekak di Malaysia. Bahasa ini juga telah termaktub dalam Akta Orang Kurang Upaya 2008 (Akta 685).

Semoga para peserta perintis pada kali ini akan memanfaatkan ilmu yang diperolehi dari Kursus i-Sign OKU Pendengaran (Asas) sebagai satu ilmu yang bermanfaat serta boleh mempraktikkan di jabatan masing-masing. Semoga berjumpa di siri kedua iaitu pada 22-24 April 2024 Kursus i-Sign OKU Pendengaran (Akidah).