WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

BANGI, 06 Februari 2024 : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah menerima kunjungan hormat dari Unit Hal Ehwal Islam, Malayan Banking Berhad yang diketuai oleh Tuan Muhammad Airil Rizman bin Izhar, Ketua Hal Ehwal Islam Maybank, Encik Mohd Nasrul Yaqin bin Abdullah, Pengurus Hal Ehwal Islam, Maybank dan Encik Mohamad Shafiq bin Mohd Rasdi, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Maybank.

Pertemuan ini telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Uthman, Aras 2, Blok Pentadbiran ILIM pada jam 11.00 pagi. Perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Puan Nor Safina Zainal, Pengarah Kanan ILIM.

Antara intipati perjumpaan ini ialah perbincangan mengenai hubungan strategik ILIM - Maybank berhubung latihan berkualiti kepada Pegawai dan Kakitangan Maybank. Diharapkan juga dengan sesi perbincangan ini dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak seterusnya membawa kebaikan kepada ummah.

Delegasi Maybank turut dibawa melawat Galeri Falak Syeikh Abdul Aziz An-Nayyiri , Falak Competency Training Centre (FALCOM), ILIM yang berkonsepkan inovasi dan kreativiti memaparkan 5 seksyen utama iaitu seksyen falak alam melayu, seksyen takwim hijri, seksyen arah kiblat & waktu solat, seksyen objek samawi serta seksyen artifak & audio visual.