WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

LAHAD DATU, 2 Februari – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Lahad Datu, JAKIM telah menganjurkan Program Fardu ‘Ain Course (1) pada 2 Februari 2024 bertempat di Bilik Kuliah Yusof Al-Qardhawi, ILIM Kampus Lahad Datu. Program yang dijalankan oleh Unit Kefahaman Dan Kemahiran ini melibatkan jemputan seramai 28 orang peserta yang terdiri daripada penjawat awam dan masyarakat awam di sekitar Lahad Datu dan Tungku.

Objektif program ini ialah mewujudkan suatu kelas pengajian yang berfokuskan kepada pengajian al-Quran dan fardu ‘ain yang melibatkan kakitangan dan masyarakat sekitar ILIM Kampus Lahad Datu. Memperkukuh asas agama Islam tanpa mengira umur dan latar belakang pengajian mahupun kehidupan. Memberi pendedahan dan penekanan tentang fardu ‘ain dalam segenap aspek dengan lebih menyeluruh.

Antara pengisian program yang disampaikan ialah, bacaan yaasin dan tahlil, klinik syahadah, klinik al-Fatihah, aktiviti dan bimbingan dalam kumpulan. Para peserta telah memberikan maklumbalas yang sangat baik di atas penganjuran yang dilaksanakan. Para peserta berpeluang mendapatkan hadiah yang menarik setelah menjawab soalan kuiz daripada Ustaz Ilham Hussainy bin Abdul Raup sebagai tanda penghargaan di atas komitmen dan kesungguhan peserta yang ditunjukkan sepanjang mengikuti program ini. Semoga program ini dapat memberi suntikan semangat dan panduan kepada peserta dalam menjalani ibadah seharian.