WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 30 Januari 2024 - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Islam (PKKI) telah menganjurkan Makmal Ice Breaking dan Gamifikasi kepada Perunding Latihan ILIM dan JAKIM. Bersesuaian dengan fungsi ILIM sebagai Pusat Latihan yang mengadakan program dalam pelbagai bidang, aktiviti ice breaking dan gamifikasi dapat memberi nilai tambah dan kemahiran kepada Perunding Latihan ILIM khususnya dengan menggunakan teknik gamifikasi dalam melaksanakan kursus Smart Integriti.

Program yang melibatkan seramai 28 orang peserta daripada ILIM ini diadakan pada 29 hingga 30 Januari 2024 (Isnin-Selasa) bertempat di Bilik Ibnu Khaldun, Aras Bawah, Blok A ILIM Kampus Utama Bangi. Antara kandungan program ini ialah Pengenalan Ice Breaking (Pecah Bendungan), Tips Membina Keyakinan Diri, Kemahiran Teknikal dan Fasilitator, Gamifikasi dalam Kejurulatihan dan Refleksi/Simulasi.

Program ini telah dikendalikan oleh trainer yang berpengalaman, YBhg. Datin Fazmy Amyza dan dibantu oleh Puan Nor Shathirah binti Mohd Faizal dari FAAS Management Consultant. Kursus ini secara keseluruhannya memberi penekanan kepada para peserta mengenai teknik-teknik gamifikasi yang perlu digunapakai oleh fasilitator untuk melaksanakan program. Penganjuran program ini diharapkan dapat memantapkan kemahiran komunikasi serta keyakinan para peserta untuk menjalankan tugas sebagai Perunding Latihan Islam yang baik.