WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

BANGI, 22 Januari 2024 – Telah berlangsung satu kunjungan hormat dari Bahagian Dakwah, JAKIM keatas Pengarah Kanan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Puan Nor Safina binti Zainal. Kunjungan ini telah diketuai oleh Tuan Mohamad Kori bin Jusoh, Pengarah Kanan Bahagian Dakwah. Turut serta dalam kunjungan hormat ini adalah Puan Zalina binti Long, Ketua Penolong Pengarah dan pegawai dari Bahagian Dakwah, JAKIM.

Tujuan kunjungan hormat ini adalah untuk mengadakan perbincangan dan pembangunan maklumat berkaitan program yang akan diadakan dalam tahun 2024 ini serta mempereratkan lagi kerjasama yang sedia ada terjalin di antara Bahagian Dakwah dan ILIM.

Semoga objektif kunjungan tersebut dapat dipenuhi serta memberi manfaat kepada kedua-dua pihak seterusnya membawa kebaikan kepada ummah.