WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

BANGI, 08 Januari 2024 – Sesi Kunjungan Mesra YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam) telah berlangsung pada 8 Januari 2024.

Dalam kunjungan singkat YB Senator Timbalan Menteri ke ILIM, beliau telah meluangkan masa untuk beramah mesra bersama warga ILIM.  Dalam pertemuan tersebut, YB Senator Timbalan Menteri telah menekankan berkaitan perlunya ILIM terus meneroka dan menerapkan elemen kerohanian, nilai yang dicari oleh individu dan masyarakat.  Nilai-nilai yang positif hendaklah terus diterapkan dalam masyarakat.  ILIM perlu meningkatkan potensi untuk menjadi pusat rujukan pengurusan hal ehwal Islam di dunia.  Beliau turut memetik kata-kata dari Alvin Toffler ; “The illiterate of the future are not those who can't read or write but those who cannot learn, unlearn, and relearn.”

YB Senator Timbalan Menteri turut berkesempatan melawat Galeri Falak Competecy Training Centre (FALCOM) dan juga meninjau keadaan infrastruktur ILIM. 

Kunjungan YB Senator Timbalan Menteri ke ILIM amat bermakna buat semua warga ILIM.  Puan  Nor Safina Zainal, Pengarah Kanan ILIM, Pengurusan ILIM dan seluruh warga ILIM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Senator Timbalan Menteri di atas kesudian meluangkan masa berkunjung ke kampus ini.

Hadir bersama Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Dasar Latihan, Puan Zaizurina Mansor, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Islam, Puan Adawiah binti Lias, Pendaftar ILIM, Encik Mohd Shahril Muhamad Azmi.