WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

5 Januari - Telah berlangsung satu kunjungan hormat dari Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Sepang kepada Pengarah Kanan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Puan Nor Safina binti Zainal. Kunjungan ini telah diketuai oleh Tuan Azarul Azlan bin Mohd Radhi, Jurutera Daerah. Turut serta dalam kunjungan hormat ini adalah Puan Syahida Binti Omar, Jurutera Bangunan, Encik Fadzly Bin Noor Hadi, Penolong Jurutera Kanan Tertinggi dan Puan Noor Shalizawani binti Ahmad Hussaini, Penolong Jurutera Awam.

Tujuan kunjungan hormat ini adalah untuk mengeratkan hubungan baik dan membincangkan keperluan projek-projek menaik taraf, pembaikan serta penyelenggaraan bangunan, fasiliti, elektrikal, mekanikal dan awam di ILIM Kampus Utama Bangi.         

Secara keseluruhannya, kunjungan ini telah memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dalam aspek penyelarasan pelaksanaan projek-projek menaik taraf, pembaikan dan penyelenggaraan bangunan, fasiliti, elektrikal, mekanikal dan awam di ILIM Kampus Utama Bangi.