WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 3 Januari — Jabatan Agama Islam Sarawak telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Kanan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Puan Nor Safina binti Zainal hari ini.

Kunjungan ini diketuai oleh Puan Sharifah Zakiah binti Tuanku Pauzi, Ketua Bahagian Pentadbiran & Pengurusan Sumber, Jabatan Agama Islam Sarawak. Hadir bersama Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Dasar Latihan, Puan Zaizurina binti Mansor, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Islam, Puan Adawiah binti Lias, Pendaftar ILIM, Encik Mohd Shahril bin Muhamad Azmi, Ketua Penolong Pengarah, Puan Zaharah binti Abas dan Encik Mohd Nazri bin Abdul Majid.

Pertemuaan ini bertujuan melaksanakan sesi libat urus dan mengeratkan hubungan baik antara Jabatan Agama Islam Sarawak dan ILIM terutama dalam aspek perancangan dan pembangunan latihan bagi skim perkhidmatan Hal Ehwal Islam (HEI) ke arah penambahbaikan pembangunan latihan serta memberi manfaat kepada kedua-dua pihak seterusnya membawa kebaikan kepada ummah.