WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

TANJONG MALIM, 08 Disember 2023 – Pengarah Kanan, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) hari ini membuat kunjungan hormat ke atas Timbalan Dekan Akademik dan Antarabangsa, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Madya Dr. Mahizer Hamzah.

Kunjung hormat ini merupakan kunjungan balas dan juga mengukuhkan lagi hubungan kerjasama strategik antara ILIM dan UPSI terutama latihan berkualiti kepada komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) dengan matlamat agar mudah untuk memahami golongan OKU.

Hadir bersama Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Dasar Latihan, Puan Zaizurina Mansor, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Islam, Puan Adawiah Lias, Pendaftar ILIM, Encik Mohd Shahril Muhamad Azmi, Ketua Penolong Pengarah, Puan Zaharah Abas dan Penolong Pengarah Kanan, Dr. Fazlulaini binti Mohd Yunus.

Diharapkan agar kunjungan hormat ini mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara ILIM dan UPSI serta mempromosikan ILIM sebagai institusi yang menyediakan perkhidmatan latihan dalam pengurusan hal ehwal Islam kepada Pegawai Hal Ehwal Islam khususnya dan kakitangan Kerajaan umumnya bagi melahirkan penjawat awam yang kompeten duniawi dan ukhrawi.