WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
NILAI, 04 DISEMBER 2023 – Sebagai tanda hubungan akrab yang sedia terjalin antara Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dan Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam pelbagai program, Pengarah Kanan ILIM, Puan Nor Safina Zainal bersama Pengurusan ILIM telah mengadakan kunjungan hormat yang disambut baik oleh Pengarah UMMI, Dr. Haji Norakyairee Mohd Raus bersama Pengurusan UMMI.
 
UMMI merupakan rakan strategik ILIM yang seringkali bersama-sama dalam program berbentuk pendidikan dan pembangunan modul bahasa isyarat bagi golongan orang kurang upaya (OKU) pendengaran.
 
Kunjungan hormat ini juga memberi peluang kepada pengurusan ILIM dan UMMI untuk saling mengenali dan mempromosikan ILIM sebagai institusi yang menyediakan perkhidmatan latihan dalam pengurusan hal ehwal Islam kepada Pegawai Hal Ehwal Islam khususnya dan kakitangan Kerajaan umumnya bagi melahirkan penjawat awam yang kompeten duniawi dan ukhrawi.