WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Kuala Lumpur, 27 November 2023 - Program kerjasama ILIM bersama Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa bertujuan untuk memperkasakan penguasaan Bahasa Inggeris kepada Pegawai Hal Ehwal Islam, JAKIM.
 
Berikutan itu, satu kunjungan hormat ke Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur telah diadakan hari ini diketuai oleh Pengarah Kanan ILIM, Puan Nor Safina Zainal bersama barisan pengurusan ILIM. Kunjungan hormat ini disambut mesra oleh Pengarah IPGKBA, YBhg. Datin Dr. Bushro Ali bersama barisan pengurusan.
 
Hasil perbincangan tersebut ILIM akan mengadakan kursus Bahasa Inggeris secara berfasa bagi memantapkan penguasaan dan kemahiran ketika menyambut delegasi luar negara dan juga sebagai medium dakwah.