WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Bangi, 17 November 2023 - ILIM berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada MyFundAction pada hari ini. Matlamat pertemuan ini adalah untuk membincangkan ruang kolaborasi di antara kedua-dua pihak. ILIM diketuai oleh YBrs. Puan Nor Safina Zainal telah berkongsi peranan ILIM sebagai institusi yang menyediakan perkhidmatan latihan dalam pengurusan hal ehwal Islam kepada Pegawai Hal Ehwal Islam khususnya dan kakitangan Kerajaan umumnya bagi melahirkan penjawat awam yang kompeten duniawi dan ukhrawi.
Puan Siti Norain Abd Samad,Volunteer Development Manager,MyFundAction telah mengetuai Sesi kunjung hormat ini. Semoga kunjungan hormat ini dapat mengeratkan lagi hubungan di antara kedua-dua pihak serta dapat mengimarahkan pembangunan latihan Islam di negara ini.