WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 17 November - Pengarah Kanan Institut Latihan Islam Malaysia, Puan Nor Safina Zainal telah menyampaikan amanat pada perhimpunan Bil. 5/2023 yang diadakan di Dewan Datuk Mohd Shahir, ILIM Kampus Utama Bangi pagi tadi.

Penganjuran Perhimpunan Bulanan ILIM kali ini, bersekali dengan Program Solidariti Palestin sebagai mesej dan tanda solidariti serta sokongan ILIM susulan situasi semasa yang berlaku di Gaza bahawa rakyat negara ini khususnya warga ILIM sentiasa bersama-sama dalam berjuang bersama rakyat Palestin.

Beliau turut memaklumkan, sepanjang tahun 2023 ini ILIM telah melaksanakan sebanyak 482 program/kursus oleh semua Cawangan/Pusat/Kampus di ILIM.

Beliau turut memetik ucapan dari YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara (KSN) bertarikh 8 November 2023                 di Kolokium MADANI Perkhidmatan Awam 2023 anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bahawa “Pengukuhan Nilai dalam dasar dan polisi perlu dilaksanakan bagi membentuk generasi pembuat dasar yang sarat dengan nilai manusiawi, mendasari kehidupan duniawi dan menuju matlamat ukhrawi.  ILIM sebagai salah satu Institusi Latihan milik kerajaan perlu memainkan peranan untuk menerapkan kesedaran terhadap kepentingan mengukuhkan nilai murni, mengamakkan serta membudayakannya dalam organisasi perkhidmatan awam”.

Turut diadakan juga Sesi Perkongsian Ilmu berkaitan Program Latihan Tenaga Pengajar Institut Latihan Awam (ILA), Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) bagi program ; Inter Religion Understanding Course yang dilaksanakan di New Zealand dan Training of Trainer : Pemantapan Perunding Latihan Islam Murabbi di Pulau Pangkor, Perak.

Selaras dengan pencapaian menuju Visi dan Misi ILIM, menjadi harapan agar ILIM sentiasa mempamerkan budaya dan cara kerja terbaik, menjadi relevan sebagai Centre of Excellence dan melangkah selanjutnya menjadi School of Management from the Islamic perspective.