WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

BANGI, 14 November : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah menerima kunjungan hormat dari Centre on Disability and Community Inclusion(CDCI) , Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim Perak yang diketuai oleh Dr. Hasrul Hosshan, Ketua Penyelaras CDCI, UPSI.

Pertemuan ini telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Uthman, Aras 2, Blok Pentadbiran ILIM pada jam 2.30 petang. Perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Puan Nor Safina Zainal, Pengarah Kanan ILIM.

Antara intipati perjumpaan ini ialah perbincangan mengenai hubungan strategik ILIM - CDCI berhubung latihan berkualiti kepada komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) dan Orang Upaya dengan matlamat agar mereka dapat menerima dan memahami OKU.

Delegasi CDCI, UPSI turut dibawa melawat Galeri Falak Syeikh Abdul Aziz An-Nayyiri , Falak Competency Training Centre (FALCOM), ILIM yang berkonsepkan inovasi dan kreativiti memaparkan 5 seksyen utama iaitu seksyen falak alam melayu, seksyen takwim hijri, seksyen arah kiblat & waktu solat, seksyen objek samawi serta seksyen artifak & audio visual.

Semoga kerjasama ini dapat membantu meningkatkan usaha memecahkan segala halangan/batasan yang menghalang OKU bagi turut serta sepenuhnya dalam masyarakat.