WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 9 November 2023 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) melalui Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Islam telah menghantar seramai 29 orang perunding latihan Islam ILIM mengikuti Kursus TOT: Pemantapan Perunding Latihan Islam Murabbi. Kursus yang diadakan pada 6 hingga 8 November 2023 di Pulau Pangkor itu adalah sebagai satu platform untuk membangunkan kompetensi dan kemahiran perunding latihan ILIM dalam mengendalikan sesebuah kursus dan latihan. Ia merupakan satu program di bawah Program Latihan Tenaga Pengajar Institut Latihan Awam (ILA) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Objektif kursus ini adalah untuk:

  • Meningkatkan keyakinan peserta dalam membuat penyampaian kursus dan latihan kepada kumpulan sasar yang pelbagai.
  • Memahami teknik-teknik yang boleh digunakan untuk membuat sesuatu penyampaian dengan lebih berkesan
  • Meningkatkan kemahiran dalam memilih peralatan dan pendekatan yang bersesuaian untuk memaksimakan keberkesanan penyampaian.
  • Mengenalpasti kesalahan yang biasa dilakukan oleh penyampai dan memahami strategi untuk mengelakkannya.

Pendekatan kaedah pembelajaran yang menghubungkait minda, jasad, emosi dan kerohanian memberikan pengalaman yang sangat menarik kepada peserta dengan aktiviti yang penuh interaktif, bertenaga dan menyuntik semangat keterujaan yang maksimum. Melalui kursus ini juga peserta dapat mengenal pasti potensi diri yang sebenar.