WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Bangi, 26 Oktober - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan Kursus Penguatkuasaan Syariah yang berlangsung selama tiga hari (3) bermula pada 24 sehingga 26 Oktober 2023 yang telah dihadiri oleh 30 orang peserta dari skim Perkhidmatan Hal Ehwal Islam dan Pegawai Syariah di Gred 19 - 48 daripada seluruh Malaysia.
 
Objektif kursus ini ialah meningkatkan pengetahuan dan kefahaman peserta berkaitan aspek-aspek penting dalam bidang penguatkuasaan syariah, serta melahirkan pegawai yang efisien dan kompeten dalam melaksanakan tugasan sebagai penguatkuasa agama.
 
Antara tenaga pengajar yang menjayakan kursus ini ialah Puan Haslinda binti Lokman, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penguatkuasaan Syariah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Puan Nafizah binti Md. Fauzi, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah, Tuan Ahmad Zaki bin Hamzah, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan, Puan Tuan Sara Waheeda binti Tuan Dir, Pegawai Syariah, Mahkamah Syariah Wilayah Persektuan, Putrajaya, dan Puan Noorhanini binti Ismail, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Penguatkuasaan Syariah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
 
Semoga kursus ini dapat memberikan manfaat kepada semua peserta yang hadir.