WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 25 Oktober - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam usaha membangunkan modul latihan baharu dalam bidang penyelidikan Islam. Penyelidikan bukan sekadar satu proses sistematik yang melibatkan data dan fakta semata-mata, tetapi juga melibatkan kreativiti dan kemahiran dalam merangka soalan penyelidikan, merancang metodologi, mengumpul dan menganalisis data serta menggambarkan hasil penyelidikan. Ia merangkumi kebolehan menggabungkan unsur seni, pemikiran kritis dan kreativiti dalam penyelidikan untuk mencapai pemahaman yang mendalam dan inovatif terhadap sesuatu fenomena atau isu yang dikaji.

Sehubungan itu, ILIM melalui Seksyen Penyelidikan dan Pembangunan Islam, Program Teras telah melaksanakan kursus The Art of Research dalam Pengurusan Hal Ehwal Islam pada 23 hingga 25 Oktober 2023 bertempat di Bilik Multimedia, ILIM, Bangi, Selangor. Mengangkat penyelidikan sebagai kemahiran dan seni dalam pengurusan operasi pekerjaan sebagai salah satu objektifnya, kursus ini telah dijayakan oleh tiga penceramah jemputan iaitu; Profesor Dr. Irwan bin Mohd Subri, Profesor VK7 Universiti Sains Islam Malaysia, Profesor. Dr. Azman bin Ab. Rahman, Pengarah Institut Fatwa dan Halal, Universiti Sains Islam Malaysia dan penceramah jemputan daripada Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri.  Pengenalan penyelidikan, SOP penyelidikan, etika dan strategi penyelidikan merupakan antara slot-slot yang telah dikongsikan bersama 35 peserta yang hadir, terdiri daripada Pegawai Hal Ehwal Islam JAIN/MAIN/Agensi YB Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) menerusi kaedah ceramah, perbincangan dan latihan dalam kumpulan.

Semoga kursus ini dapat memberi impak yang positif dalam meningkatkan pengetahuan, kemahiran, etika, dan profesionalisme peserta, sekaligus menggalakkan pertumbuhan dan inovasi dalam penyelidikan Pengurusan Hal Ehwal Islam.