WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 26 Oktober – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Program Teras (Seksyen al-Quran dan Hadith) telah berjaya menganjurkan Kursus Taranum Al-Quran Siri II kepada pegawai perkhidmatan Hal Ehwal Islam dan penjawat awam pelbagai gred yang bertugas di JAKIM, JAIN dan pelbagai kementerian/jabatan/agensi kerajaan. Kursus ini dilaksanakan bermula pada 24 hingga 26 Oktober 2023 bertempat di Bilik Al-Biruni, Blok Akademik B, Kampus Utama Bangi.

Kursus ini dibimbing oleh penceramah yang berkepakaran dan berpengalaman iaitu YBrs.Ustaz Hasim Harun (mantan Pensyarah IPG Bangi) dan YBrs.Ustaz Hassan AlFadhli bin Abdul Rahman (Imam Masjid Negara). Majlis penutupan kursus ini telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Nor Safina binti Zainal, Pengarah Kanan ILIM.

Semoga kursus ini berjaya mencapai matlamatnya iaitu mampu meningkatkan kefahaman peserta mengenai ilmu taranum al-Quran dan menjadi penyuntik semangat peserta untuk terus meneroka ilmu berkaitan taranum al-Quran dengan  lebih mendalam lagi.