WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 24 Oktober Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan Majlis Apresiasi ILIM 2023 pada 24 Oktober 2023 bertempat di Dewan Datuk Mohd Shahir ILIM, Bangi, Selangor. Ucaptama perasmian dan penganugerahan telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Haji Zamani Ahmad bin Mansor, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JAKIM, mewakili YBhg. Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff.

Seramai 85 orang peserta telah menghadiri dengan jayanya kursus-kursus anjuran ILIM iaitu Program Eksekutif Pengurusan Hal Ehwal Islam Gred S 41 bagi tahun 2023, Sijil Intensif Hal Ehwal Islam Gred S19 bagi tahun 2022, Kursus Eksekutif Imam dan Kursus Eksekutif Muazzin bagi tahun 2022.

Turut diadakan juga penyampaian Anugerah Khas aitu Anugerah Ketua Pengarah JAKIM, Anugerah Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), JAKIM, Anugerah Pengarah Kanan ILIM, Anugerah Khas Kursus Eksekutif Imam dan Anugerah Khas Kursus Eksekutif Muazzin.

Adalah menjadi harapan ILIM kursus-kursus yang dilaksanakan menerusi Pelan Latihan JAKIM akan dapat membangunkan modal insan yang terlatih, berpengetahuan, berkemahiran, mempunyai sahsiah yang tinggi, berintegriti dan mempunyai jiwa Rabbani.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima sijil dan penerima anugerah khas!!!!