WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

BANGI, 23 Oktober 2023 - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Islam (PKKI) telah melaksanakan Kursus Persediaan bagi peserta yang akan menghadiri Kursus Pengurusan Dakwah dan Pengendalian Fatwa di Mesir yang akan berlangsung pada 4 November hingga 31 Disember 2023. Objektif kursus ini ialah untuk memberi pendedahan berkaitan penggunaan Bahasa Arab harian di Mesir, sesi perkongsian pengalaman oleh peserta yang telah menghadiri kursus ini serta taklimat perjalanan dan pergerakan peserta di Mesir.

Seramai Sembilan (9) orang peserta yang telah hadir secara bersemuka terdiri daripada Pegawai Hal Ehwal Islam daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Majlis Islam Sarawak, Institut Kefahaman Islam Malaysia, Jabatan Agama Islam Sarawak, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Jabatan Agama Islam Negeri Pahang dan JAWI Putrajaya. Manakala dua (2) orang peserta hadir secara dalam talian daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan dan Markas Angkatan Tentera Malaysia.

Kursus dimulakan dengan Taklimat Kursus Luar Negara yang telah disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan, PKKI iaitu Puan Adawiah binti Lias. Seterusnya Ucapan aluan yang telah disampaikan oleh Pengarah Kanan ILIM iaitu Puan Nor Safina binti Zainal.

Sesi Pendedahan Penggunaan Bahasa Arab Harian di Mesir telah disampaikan oleh Encik Mohamed Kamal Abdel Rahman Abdalla, manakala sesi perkongsian kursus telah disampaikan oleh Dr.Hazlin binti Kadir@Shahar, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Penyelidikan JAKIM. Sesi terakhir bagi Taklimat Perjalanan dan Pergerakan Peserta di Mesir telah disampaikan oleh Encik Ameer Ikhwan bin Zaini, Atache Agama, Kedutaan Besar Malaysia di Republik Arab Mesir. Semoga kursus ini memberi manfaat kepada semua peserta yang akan berkursus di Mesir nanti.