WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 22 Oktober - Seksyen Tarbiyah dan Tadribiyah , Program Pembangunan Insan ,Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Utama Bangi terus menyambung membina Isyarat Munakahat dengan melaksanakan Bengkel Pembinaan Isyarat i - Sign ( Munakahat ) OKU Pendengaran yang diadakan di Bilik Mesyuarat Othman Affan . Bengkel ini dihadiri seramai 20 orang terdiri daripada Panel Pakar Bidang dan Panel Pekak dari Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang diketuai Prof. Madya. Dr. Hj. Norakyairee bin Mohd Raus, Pengarah UMMI.

Penganjuran bengkel kali ini amat bertuah kerana turut melibatkan kehadiran Penyelidik awal projek ini iaitu Prof. Dr. Adnan Mohamed Yusoff Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Sains Islam Malaysia . Bengkel yang diadakan pada 20 hingga 22 Oktober 2023 antara lain bertujuan mewujudkan glosari bahasa isyarat Islam Munakahat bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham sebelum boleh digunapakai oleh komuniti OKU dan masyarakat.

Diharap bengkel ini berjaya memenuhi objektif yang digariskan justeru memberi kemudahan kepada masyarakat khususnya komuniti OKU Pendengaran di Malaysia untuk memahami dan menguasai istilah munakahat dan penerangannya dengan penguasaan signage yang betul dan tepat.