WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

ILIM KAMPUS LAHAD DATU | 19 Oktober 2023 Unit Sains Dakwah (USD), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Lahad Datu telah mengadakan Kursus Metodologi Dakwah pada 17-19 Oktober 2023 di bilik Yusuf al-Qardawi, ILIM Kampus Lahad Datu. Kursus ini telah disertai oleh 38 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah Pengajian Islam Unisza Terengganu, penjawat awam dan ngo Islam sekitar daerah-daerah Pantai Timur Sabah.

Antara objektif penganjuran kursus tersebut adalah memberi kefahaman yang lebih mendalam kepada para peserta mengenai teknik-teknik penyampaian mesej dakwah, melahirkan pendakwah yang bermotivasi, cekal dan tabah dalam menyebar mesej islam di kalangan pelbagai etnik dan seterusnya mempertingkatkan pengetahuan peserta mengenai aspek psikologi dakwah, dakwah bil hal serta kemahiran komunikasi daie.

Pelbagai slot yang menarik telah dibentangkan dalam kursus ini oleh penceramah yang berpengalaman antaranya Gaya Dakwah Rasulullah S.A.W, Metode Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk dan Interaksi Dakwah Dengan Muslim dan Non-Muslim serta beberapa lagi slot selama kursus tersebut diadakan.