WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

ILIM Kampus Lahad Datu, 19 Oktober 2023 : Unit Kefahaman Dan Kemahiran telah menganjurkan Kursus Pemahaman Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Lahad Datu, JAKIM selama 3 hari bermula pada 17 – 19 Oktober 2023 yang lalu. Kursus ini melibatkan jemputan seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada imam-imam, penjawat awam dan masyarakat awam di sekitar daerah pantai timur Sabah.

Melalui kursus ini, para peserta telah diperkenalkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Didedahkan bentuk ancaman aliran yang menyalahi Ahli Sunnah Wal Jamaah terhadap akidah dan keselamatan negara. Membincangkan langkah untuk menangani fahaman yang menyalahi Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Pelbagai slot menarik dibentangkan dalam kursus ini oleh penceramah yang sangat berpengalaman iaitu Agama Dan Fitrah Manusia, Akidah : Pengertian, Ciri-Ciri, Sumber Dan Kesannya Dalam Kehidupan, Siapakah Ahli Sunnah Wal Jamaah ?, Konsep Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, Keperluan Umat Islam Kepada Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, Ancaman Syiah Dan Ajaran Salah Di Malaysia dan Ancaman Islam Liberal Dan Pluralisme Agama Di Malaysia. Majlis penyampaian sijil dihadiri dan disampaikan oleh Ustaz Ilham Hussainy bin Abdul Raup  selaku Wakil Pengarah Kampus, ILIM Kampus Lahad Datu, JAKIM.