WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 19 Oktober – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Program Teras (Seksyen al-Quran dan Hadith) telah berjaya melaksanakan  Kursus Intensif Tahsin Tilawah Al-Quran kepada para pegawai perkhidmatan Hal Ehwal Islam pelbagai gred yang bertugas di JAKIM/ JAIN/ MAIN dan pelbagai agensi/ jabatan/ kementerian serta turut disertai penjawat awam daripada lain-lain skim perkhidmatan. Kursus ini dilaksanakan bermula pada 18 hingga 19 Oktober 2023 bertempat di Bilik Kuliah Ibnu Khaldun, Blok Akademik A, Kampus Utama Bangi.

Kursus ini dibimbing oleh penceramah yang berkepakaran dan berpengalaman iaitu YBrs.Ustaz Muhd Redza bin Ahmad (mantan Pegawai JAKIM) dan YBrs.Ustaz Hassan AlFadhli bin Abdul Rahman (Imam Masjid Negara). Majlis penutupan kursus ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ustaz Mohd Nazri bin Abdul Majid, Ketua Penolong Pengarah Program Teras ILIM.

Semoga kursus ini berjaya mencapai matlamatnya iaitu untuk meningkatkan kompetensi peserta dalam penguasaan ilmu pembacaan Al-Qur’an yang betul menurut riwayat Hafs ‘an ‘Asim serta memberi kemahiran kaedah memperbaiki dan memperelokkan bacaan al-Quran secara sistematik serta menjadi penyuntik semangat peserta untuk terus meneroka ilmu tersebut dengan lebih mendalam lagi.